NAGOYA: Sebanyak 40 unit rumah kontena yang digunakan sebagai penginapan atlet sepanjang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dan Sukan Para Asia di Jepun akan dipindahkan ke Kumamoto untuk dijadikan kediaman sementara mangsa gempa bumi.

Proses pemindahan bermula pada 12 November lalu dengan unit berkenaan diangkut secara berperingkat menggunakan treler dari Nagoya ke kawasan yang terjejas akibat gempa.

Penghantaran itu dibuat susulan permohonan bantuan oleh kerajaan Wilayah Kumamoto kepada jawatankuasa penganjur temasya berkenaan.

Sebelum ini, sebanyak 400 unit rumah kontena disediakan sebagai kemudahan penginapan tambahan kerana tiada perkampungan atlet dibina khas untuk temasya itu.