LAHORE: Seorang remaja lelaki maut dibaham seekor harimau betina di hadapan keluarganya ketika menjalani penggambaran video TikTok di sebuah ladang persendirian di Pakistan.
Dua individu termasuk seorang pempengaruh media sosial ditahan kerana didakwa membenarkan haiwan itu keluar dari kandangnya bagi menghasilkan kandungan untuk media sosial.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Talha, 19, mengalami kecederaan parah dalam serangan mengerikan itu di Kahna, wilayah Lahore sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Polis menahan pemilik zoo, Fayyaz dan pencipta kandungan dalam talian, Norman Hassan selepas kejadian pada Rabu lalu.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F04%2F0ed677f359c43f33935fc1747d542a64.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
