Kuala Lumpur: Pihak berkuasa tentera Myanmar dilaporkan telah mula membebaskan etnik Rakhine yang dihantar pulang dari Malaysia selepas Kuala Lumpur meminta penjelasan berhubung laporan mengenai penahanan mereka.
The Irrawaddy melaporkan pada 29 Oktober bahawa pembebasan itu dilakukan dua hari selepas Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menjawab soalan di Parlimen berhubung keadaan individu yang dihantar pulang itu.
Memetik Khamee Youth Unity Association serta keterangan seorang individu yang telah dibebaskan, laporan itu menyatakan bahawa tahanan yang memiliki dokumen pengenalan diri dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
"Saya sendiri tidak tahu bahawa dia antara mereka yang dibebaskan," kata seorang lelaki Khamee yang enggan dikenali atas faktor keselamatan kepada The Irrawaddy, sambil memberitahu adiknya dibebaskan selepas keluarga mereka mengemukakan dokumen yang diperlukan.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F05%2F1228624c5e6aed7c1e9f1aac9e5e3548.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
