Melaka: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu berunding semula dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan.
Perdana Menteri berkata, beliau belum menerima peletakan jawatan Loke sehingga kini walaupun Ahli Parlimen Seremban itu sudah mengumumkan perkara itu, dua hari lalu.
"Saya belum terima peletakan jawatan Anthony Loke. Hendak cuti kejab ok tapi hendak letak jawatan kena runding semula," katanya pada ceramah Grand Finale Pakatan Harapan (PH), di sini.
Sebelum ini, Loke meletakkan jawatan serta merta susulan susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah, Selasa lalu.









