Milan: Bekas pertahanan Itali, Marco Materazzi mengakui kematian penyerang Sepanyol, Jesus de Miguel selepas pertembungan di atas padang membuatkannya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius ketika ditanduk Zinedine Zidane pada final Piala Dunia 2006.

Zidane yang ketika itu kapten Perancis dilayangkan kad merah selepas menanduk dada Materazzi sebelum Itali muncul juara menerusi penentuan sepakan penalti.

Insiden berkenaan kekal antara detik paling kontroversi dalam sejarah Piala Dunia, malah masih menghantui Materazzi biarpun sudah hampir 20 tahun berlalu.

"Kematian Jesus de Miguel membuatkan saya bersyukur kepada Tuhan kerana tiada apa-apa yang berlaku kepada saya," katanya kepada akhbar Itali, La Gazzetta dello Sport dalam satu temu bual.