ALOR GAJAH: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap segelintir pihak yang terus menyanjung pemimpin dikaitkan dengan penyelewengan, sedangkan kerajaan terpaksa menanggung beban kewangan akibat masalah pengurusan dan kerugian terdahulu.

Perdana Menteri berkata, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh dipertahankan hanya kerana seseorang pemimpin mempunyai pengaruh politik atau berasal daripada kaum tertentu.

"Yang orang sakau, kamu tak marah... cium tangan pula lagi. Ambil derma pula lagi.

"Jadi yang ini saya hairan juga, apa nak jadi negara kita ini," katanya ketika berucap pada program Pesta Melaka, Rumah Kita di Taman Melaka Perdana, di sini, hari ini.