MELAKA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya mengutamakan integriti dan kejujuran dalam memilih pemimpin bagi memastikan amanah diberikan tidak disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.
Menurut Perdana Menteri seseorang pemimpin perlu dinilai berdasarkan keperibadian, rekod perkhidmatan serta keupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab, bukannya dipengaruhi persepsi dan sentimen tertentu.
Pemimpin dipilih juga, katanya perlu mempunyai prinsip, bersih daripada rasuah serta tidak mengambil kesempatan terhadap kedudukan yang diamanahkan kepada mereka.
"Angkatlah Melayu yang baik! Angkatlah Melayu yang bersih, yang tak rasuah, yang tak sakau, boleh tak?









