BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita warga emas terpaksa diusung turun pasukan bomba selepas ditemui tidak sedarkan diri akibat disengat lebah ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Sungai Lembu, di sini, petang Khamis.

Dalam kejadian itu, mangsa, 72, ditemui Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis, berkata empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

"Operasi SAR dijalankan dengan bantuan individu di sekitar bukit bagi mengesan kedudukan mangsa.