Anwar berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa memutuskan peletakan jawatan Anthony Loke. Surat diterima, namun Perdana Menteri akan mengambil masa untuk meneliti.
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk kerajaan tergesa-tergesa membuat keputusan berhubung peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Anthony Loke meskipun surat rasmi berhubung perkara itu telah diterima, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata perkara tersebut memerlukan penelitian terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Saya belum menerima peletakan jawatan (Loke). Surat saya dah terima dan dia kata berkuat kuasa serta merta, tetapi saya tentunya akan mengambil masa untuk teliti,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields di sini, hari ini.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fsolehin12_627513.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)