JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, hari ini menyerahkan surat peletakan jawatannya secara rasmi kepada Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR).
Speaker MPR, Ahmad Muzani, berkata Gibran menyerahkan sendiri surat itu dalam pertemuan selama kira-kira 20 minit di bangunan Nusantara III, kompleks Parlimen di Jakarta.
Beliau berkata, Gibran turut memaklumkan kepada pucuk pimpinan MPR bahawa surat yang sama turut diserahkan kepada Presiden Prabowo Subianto.
"Semasa pertemuan itu, Gibran menjelaskan bahawa tujuan beliau bertemu dengan pucuk pimpinan MPR adalah untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Republik Indonesia," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4564565_689200.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

