SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Kita Selangor sebanyak dua bulan gaji secara berperingkat kepada penjawat awam di negeri ini.

Katanya, bantuan ini sebagai komitmen penghargaan kepada pasukan penjawat awam yang bertungkus-lumus menjayakan bantuan kepada rakyat, terutamanya dalam Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang mengupaya golongan rentan, pelajar sekolah, wanita bekerja, petani dan pesawah.

"Kerajaan Negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Kita Selangor bagi Tahun 2026 sebanyak dua bulan gaji atau dua bulan elaun dengan bayaran minimum RM1,000.

"Bayaran ini akan menggunakan peruntukan tahun semasa meliputi emolumen anggota kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, serta Guru KAFA dengan implikasi kewangan RM100.31 juta.