KUALA LUMPUR: Walaupun berani menyahut cabaran sesiapa sahaja dalam gelanggang, jaguh muay thai negara, Johan Ghazali, mempunyai satu nama yang tidak akan disentuhnya sebagai lawan, iaitu mentornya sendiri, Nong-O Hama.
Pendirian itu dikongsikan Johan menerusi video yang dimuat naik ONE Championship baru-baru ini, ketika ditanya mengenai kesediaannya berdepan mana-mana pencabar dalam saingan World Grand Prix.
Petarung berusia 19 tahun itu menegaskan dirinya sentiasa bersedia menerima tawaran pertarungan, termasuk jika berlaku perubahan lawan pada saat akhir, namun Nong-O kekal sebagai pengecualian.
"Kalau ada petarung menarik diri daripada pertarungan dalam World Grand Prix, saya sedia mengambil tempat. Saya sentiasa bersedia untuk bertarung.









