Bekas Ketua UMNO Cawangan Taman Bukit Katil, Datuk Abu Bakar Sabudin, 65, mempertahankan keputusannya bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Key takeaways
Datuk Abu Bakar Sabudin, bekas Ketua UMNO Cawangan Taman Bukit Katil, 65 tahun, memutuskan bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri Bukit Katil, menolak tuduhan dibayar dan menegaskan keputusan bersifat sukarela.
- Abu Bakar telah bersuara mahu bertanding sejak 2008 dan memutuskan sendiri pada PRN Melaka Ke-16.
- Keahlian beliau di UMNO tergugur secara automatik selepas pengesahan calon Bebas.
- Beliau menegaskan keputusan bertanding telah dibincangkan bersama ahli cawangan selama lebih 30 tahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
MELAKA: Bekas Ketua UMNO Cawangan Taman Bukit Katil, Datuk Abu Bakar Sabudin, 65, mempertahankan keputusannya bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Beliau mengakui, sudah empat kali menyuarakan hasrat untuk menjadi calon sejak 2008 dan keputusan bertanding dibuat atas kehendaknya sendiri.
Abu Bakar menafikan dakwaan bahawa dirinya dibayar semata-mata untuk memecahkan undi di kerusi itu.
“Sebelum dipecat, tindakan yang diterima termasuk dikeluarkan daripada beberapa kumpulan WhatsApp berkaitan UMNO dan aktiviti politik di kawasan Bukit Katil,” katanya ketika ditemui sewaktu mengedarkan risalah kempen di Taman Saujana di sini.