Kuala Lumpur: Polis menumpaskan 112 sindiket penipuan yang beroperasi menerusi pusat panggilan (call centre) menerusi 'Op Magpie 01/2026' yang dilaksanakan serentak di seluruh negara dari 19 hingga 31 Oktober lalu, dengan 932 individu ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata operasi itu menyaksikan sebanyak 153 serbuan dilaksanakan, melebihi sasaran awal 100 serbuan.

Beliau berkata, selain serbuan, sebanyak 650 pemeriksaan premis secara proaktif turut dijalankan sepanjang tempoh operasi berkenaan hasil tindakan bersepadu antara JSJK Bukit Aman dan kontinjen seluruh negara.

"Daripada 932 individu yang ditahan, 106 adalah warganegara Malaysia manakala 826 lagi warga asing. Tangkapan membabitkan 796 lelaki dan 136 wanita.