KUCHING: Sebanyak tujuh sindiket penipuan dalam talian yang beroperasi menerusi pusat panggilan atau call centre di Sarawak ditumpaskan dalam operasi bersepadu Ops Megpie 01/2026, dengan 42 individu termasuk 28 warga asing ditahan.
Operasi yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan kerjasama JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak itu dijalankan dari 19 hingga 31 Oktober lalu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Komisioner Saifullizan Ishak berkata, tujuh serbuan berasingan dilakukan di Bintulu, Kuching, Padawan, Miri dan Sibu.
Beliau berkata, premis yang diserbu terdiri daripada dua rumah banglo, tiga rumah teres dan dua unit apartmen yang dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket penipuan berkenaan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar13_990325.png&w=480&output=webp&q=85&we)