KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji minimum terbaharu dijangka meningkatkan pendapatan pekerja, namun pada masa sama perlu mendorong perniagaan mempergiat usaha meningkatkan produktiviti bagi memastikan kos upah yang lebih tinggi dapat ditampung tanpa menambah tekanan terhadap harga barangan dan perkhidmatan.
Ketua Ahli Ekonomi CGS International Securities Malaysia, Nazmi Idrus, berkata pertumbuhan gaji membantu pekerja mendapatkan semula sebahagian kuasa beli yang terhakis susulan tempoh inflasi tinggi selepas pandemik COVID-19.
Beliau berkata, kadar pertumbuhan gaji secara beransur-ansur telah mengatasi inflasi, namun kenaikan harga baharu berpotensi menghakis semula peningkatan kuasa beli isi rumah.








