MELAKA: Pengembangan operasi pembuatan KOA Denko Malaysia Sdn Bhd di Ayer Keroh dijangka mewujudkan lebih 950 peluang pekerjaan, sekali gus meningkatkan prospek kerjaya dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran di Melaka.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata pengembangan itu dijangka meningkatkan jumlah tenaga kerja syarikat kepada 1,000 orang menjelang 2028.
Beliau berkata, peluang pekerjaan baharu membolehkan lebih ramai penduduk Melaka, khususnya yang memiliki kelayakan teknikal dan kemahiran khusus, membina kerjaya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi.
"Saya amat berharap KOA Denko akan memberikan keutamaan kepada tenaga kerja tempatan yang mempunyai kemahiran teknikal dan kepakaran di Melaka.






