KUALA LUMPUR: Jenama kamera papan pemuka (dashcam), 70mai, melancarkan siri A900 menerusi model andalan A900 Ultra yang menawarkan rakaman 4K sebenar pada kamera hadapan dan belakang, selain teknologi pemindahan digital LVDS tanpa kehilangan data.

Pelancaran itu berlangsung sempena pameran International Automodified (IAM) Kuala Lumpur 2026, dengan pelakon tempatan, Syafiq Kyle, turut diperkenalkan sebagai 'Friend of the A900 Series' (Rakan Produk Siri A900) sempena ulang tahun ke-10 penubuhan jenama berkenaan.

Pada majlis sama, 70mai turut menerima pengiktirafan ASEAN Records dan ASIA Records menerusi pencapaian jualan 425,810 unit kamera papan pemuka di Malaysia dan Thailand dalam tempoh 20 bulan, dari Januari 2025 hingga Ogos 2026.