PAYA RUMPUT: Mengundi bukan sekadar tanggungjawab memilih wakil rakyat, sebaliknya menjadi sebahagian tuntutan perpaduan umat Islam dalam menentukan kepemimpinan negara, kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang itu menggunakan perumpamaan mengambil wuduk sebelum menunaikan solat bagi menjelaskan mengapa umat Islam perlu bersatu dan melaksanakan tanggungjawab mengundi.

"Walaupun wuduk asalnya bukan perkara wajib, ia menjadi wajib apabila seseorang hendak menunaikan solat yang diwajibkan.

"Contohnya kita ambil wuduk, asalnya tak wajib, tapi kalau sembahyang itu wajib, syarat sah sembahyang kena ada wuduk. Maka wuduk kerana nak sembahyang wajib.