Kuala Lumpur: Skuad kebangsaan mendapat satu lagi 'kereta kebal' baharu selepas pemain naturalisasi, Shane Lowry sudah mendapat lampu hijau daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili Malaysia.
Ia berdasarkan semakan di platform pertukaran persatuan badan induk bola sepak dunia itu menunjukkan Lowry ditukarkan kepada Malaysia bermula semalam.
Perkembangan itu sudah pasti menjadi khabar gembira buat seluruh peminat bola sepak tanah air dengan tonggak pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu kini boleh memperkuatkan Harimau Malaya.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman sebelum ini memaklumkan pihaknya menunggu kelulusan daripada FIFA berhubung permohonan Lowry untuk mewakili skuad negara.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F43534543345342_109891.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)