Kuala Lumpur: Pelari 400 meter (m) lelaki negara, Umar Osman meletakkan sasaran memburu tiga pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 yang bakal berlangsung di Malaysia dari 10 hingga 20 Disember depan.

Jelas Umar, misi utama pada kejohanan itu adalah mempertahankan emas terlebih dahulu dalam 400m dan 800m sebelum meneruskan momentum cemerlang dalam acara seterusnya.

"Saya akan beraksi dalam acara 400m, 800m dan 4x400m. Sasaran peribadi saya adalah mendapatkan tiga pingat emas daripada semua acara disertai. Saya tidak meletakkan sasaran masa tertentu, sebaliknya mahu mempertahankan pingat emas yang dimenangi," katanya ketika dihubungi.

Untuk rekod, pada edisi Surabaya-Malang 2024, pelari kelahiran Johor itu berjaya membantu kontinjen negara meraih kedudukan pertama dan itu adalah penampilkan pertamanya pada kejohanan berkenaan.