Kuala Lumpur: Penyanyi, Amsyar Lee, terus membuktikan kehebatan vokalnya di persada antarabangsa apabila bersaing pada program realiti popular di China, Silk Way Star 2.
Amsyar atau nama sebenarnya Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri berkata, penyertaannya dalam pertandingan 10 episod tanpa penyingkiran itu melibatkan peserta dari 12 negara dan ia masih berbaki dua episod terakhir.
Mengimbas kembali pembabitannya, Amsyar berkata tawaran tersebut sebenarnya sudah diterima sejak tahun lalu, namun terpaksa dilepaskan kerana komitmen terhadap program realiti China yang disertainya iaitu di Sing! Asia 2025.
"Produksi tersebut memilih saya sejak tahun lalu, tapi saya tidak berpeluang untuk sertai kerana terlibat dengan program Sing! Asia 2025 di China juga. Jadi, saya diberi peluang dan tanggungjawab untuk kali kedua tahun ini.









