Kaherah: Persatuan Bolasepak Mesir (EFA) memecat Hossam Hassan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan susulan kontroversi besar membabitkan pergaduhan fizikal antara dua isterinya.

EFA dalam satu kenyataan kelmarin mengesahkan keputusan Lembaga Pengarah untuk menamatkan kontrak Hassan mengikut terma ditetapkan, dengan alasan kontroversi berkenaan menjejaskan imej pasukan kebangsaan, lapor The New Arab.

Tempat Hassan akan digantikan Ali Maher yang kini mengendalikan kelab Liga Perdana Mesir, Ceramica Cleopatra.

Keputusan pertukaran pengurusan itu dimuktamadkan selepas Lembaga Pengarah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan liputan negatif media berhubung kehidupan peribadi Hassan.