SELEPAS lebih dua dekad mengharungi pentas politik nasional serta berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan, Datuk Azman Abidin kini bersedia membawa pengalamannya lebih dekat kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.Bagi calon Pakatan Harapan (PH) itu, langkah menawarkan diri bukan soal mengejar jawatan atau kedudukan, sebaliknya peluang untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, khususnya di negeri yang turut mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.Berbekalkan pengalaman dalam memahami dasar dan pentadbiran, Azman mahu menterjemahkannya kepada khidmat yang lebih dekat, tersusun dan memberi manfaat kepada penduduk setempat. Ikuti wawancara eksklusif bersama Datuk Azman Abidin.SINAR HARIAN: Datuk sudah lama dalam politik nasional dan berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri. Mengapa memilih untuk bertanding di peringkat DUN pada tahap ini?DATUK AZMAN ABIDIN: Bagi saya, perjuangan politik bukan sekadar tentang jawatan atau kedudukan, tetapi tentang peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat. Sepanjang pengalaman saya di peringkat nasional dan kerajaan, saya telah mendapat banyak pendedahan tentang pentadbiran, dasar serta cabaran yang dihadapi rakyat.Saya melihat penyertaan di peringkat DUN sebagai satu peluang untuk membawa pengalaman tersebut lebih dekat kepada masyarakat, khususnya penduduk di kawasan Paya Rumput. Saya juga mempunyai hubungan dan latar belakang keluarga di Melaka. Jadi, ini merupakan satu peluang untuk saya menyumbang kembali kepada negeri yang mempunyai nilai tersendiri dalam kehidupan saya.Dalam pertandingan tiga penjuru, apakah kekuatan dan kelemahan lawan yang paling Datuk beri perhatian dan bagaimana PH mahu mengatasinya?Saya menghormati semua calon yang bertanding kerana setiap pihak mempunyai pendekatan dan pandangan masing-masing. Dalam pertandingan demokrasi, kita perlu memberi ruang kepada rakyat untuk menilai berdasarkan tawaran, rekod perkhidmatan dan kemampuan setiap calon.Bagi pihak kami, fokus utama adalah untuk menyampaikan agenda dan komitmen kepada masyarakat secara jelas. Kita tidak perlu terlalu menumpukan perhatian kepada kelemahan pihak lain, sebaliknya perlu memastikan bahawa isu dan keperluan penduduk Paya Rumput diberikan perhatian sewajarnya. Akhirnya, keputusan terletak di tangan rakyat dan kita perlu menghormati proses demokrasi tersebut.Sepanjang lebih dua dekad dalam politik, apakah pengalaman atau kegagalan yang paling banyak mengubah perspektif Datuk terhadap perjuangan politik?Sepanjang perjalanan dalam politik, sudah tentu terdapat pelbagai pengalaman termasuk kejayaan, cabaran dan kekecewaan. Namun, antara perkara paling penting yang saya pelajari ialah politik merupakan satu bidang yang sangat dekat dengan kehidupan dan harapan rakyat.Kita boleh mempunyai perancangan yang baik, tetapi realitinya setiap masyarakat mempunyai keperluan dan cabaran yang berbeza. Pengalaman lalu mengajar saya supaya lebih banyak mendengar, memahami keadaan sebenar dan tidak membuat k
Azman sedia terjemah pengalaman kepada khidmat di Paya Rumput

Key takeaways
Datuk Azman Abidin, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, bersedia bersaing di Dewan Undangan Negeri Paya Rumput untuk memanfaatkan pengalaman nasionalnya demi kebaikan masyarakat setempat.
- Azman menekankan bahawa perlawanan bukan tentang jawatan, tetapi perkhidmatan kepada rakyat.
- Pengalaman beliau di pentadbiran kerajaan menjadi asas untuk menyumbang kepada Paya Rumput.
- Dia menghormati semua calon dan menyeru rakyat menilai berdasarkan rekod dan tawaran.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Azman pertaruh pengalaman PKR KL, akses Putrajaya rebut Paya Rumput
- Utusan Malaysia Azman manfaat pengalaman urus KL untuk bangunkan Paya Rumput
- Sinar Harian Azman sedia terjemah pengalaman kepada khidmat di Paya Rumput (this story)









