PETALING JAYA: Jabatan Penjara mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, pagi tadi untuk menunaikan solat Jumaat di Penjara Kajang.

Pengesahan itu dibuat secara ringkas ketika ditanya media di sini hari ini.

“Beliau (Najib) solat jumaat di Penjara Kajang,” katanya ringkas.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Najib dilihat meninggalkan kediaman berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.