KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dibawa petugas Jabatan Penjara untuk menunaikan solat Jumaat di Penjara Kajang, hari ini.
Perkara itu disahkan Jabatan Penjara Malaysia ketika dihubungi media, hari ini.
Hari ini adalah solat Jumaat pertama Najib selepas mula menjalani tahanan rumah di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, Selasa lalu.
Terdahulu, media melaporkan kenderaan membawa Najib dilihat meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta kira-kira jam 10.30 pagi.









