ISLAMABAD: Jepun hari ini mengesahkan wabak kedua selesema burung patogenik tinggi bagi musim ini di sebuah ladang ternakan ayam yang menempatkan kira-kira 40,000 ayam di Wilayah Chiba, lapor Anadolu Ajansi.
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun berkata, ujian genetik mengesahkan jangkitan di sebuah ladang di bandar Asahi pada jam 8 pagi waktu tempatan (11 malam GMT, Khamis).
Wabak itu dikesan selepas penternak melaporkan gejala luar biasa ayam ternakan, sekali gus mendorong pemeriksaan dan ujian pantas yang menunjukkan keputusan positif wabak.
Pihak berkuasa akan memusnahkan kira-kira 40,000 ayam penelur dan melupuskan bangkainya melalui pembakaran atau penanaman bagi mengelak penularan lanjut.








