KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Jumaat, apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meneruskan momentum meningkatnya disokong oleh prospek kadar faedah AS yang lebih tinggi.
Pasaran menjangkakan kenaikan kadar faedah yang agak besar oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) apabila bank pusat Amerika itu bermesyuarat pada Disember nanti.
Pada jam 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.0845/0890 berbanding dolar AS daripada paras 4.0765/0805 pada Khamis.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata sentimen pasaran kekal cenderung kepada dolar AS memandangkan pelabur menjangkakan Fed akan terus mengetatkan dasar monetarinya pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F04%2F0ed677f359c43f33935fc1747d542a64.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)