Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat keluar dari kediamannya di Langgak Duta di sini, pagi tadi.
Key takeaways
Bekas Perdana Menteri Najib keluar dari rumahnya di Langgak Duta pada pukul 10.30 pagi dengan Proton X70, diiringi kenderaan Jabatan Penjara dan polis, menuju Penjara Kajang untuk solat Jumaat.
- Najib berangkat ke Penjara Kajang untuk menunaikan solat Jumaat
- Kenderaan pengiring termasuk Jabatan Penjara Malaysia dan polis
- Tiada pergerakan keluarga atau media ramai di lokasi
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR: Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat keluar dari kediamannya di Langgak Duta di sini, pagi tadi.
Najib dilihat menaiki sebuah kenderaan jenis Proton X70 dengan diiringi kenderaan Jabatan Penjara Malaysia serta polis.
Kesemua kenderaan berkenaan dilihat meninggalkan kediaman beliau kira-kira pukul 10.30 pagi.
Utusan Malaysia difahamkan, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Penjara Kajang bagi membolehkan Najib menunaikan solat Jumaat di sana.