Key takeaways
AMK mengkritik tindakan Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha, yang menggelarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan gelaran tidak sopan semasa kempen PRN Melaka. Pengarah Strategi AMK mendakwa tindakan itu menunjukkan UMNO terdesak dan mencabar Armand untuk membuktikan dakwaannya bahawa kehadiran Anwar membantu BN meraih lebih banyak undi.
- AMK menuduh UMNO mengamalkan politik caci-mencaci walaupun pernah ditolak rakyat pada tahun 2018.
- Armand Azha menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai 'strawberi' dan 'koyak' dalam ceramah BN di Melaka.
- AMK mencabar Armand Azha untuk mengemukakan data tinjauan bagi menyokong dakwaannya mengenai undi BN.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR: Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang dilihat seperti ‘cacing kepanasan’ di tengah-tengah kempen yang semakin memanas dalam PRN Melaka yang berbaki hanya beberapa hari sahaja lagi.
Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Shafiq Iqram Abdullah berkata, tindakan Armand yang sanggup memberikan gelaran yang tidak sepatutnya kepada pemimpin negara menunjukkan UMNO berada dalam keadaan terdesak dan terus mengamalkan politik caci-mencaci walaupun pernah ditolak rakyat pada tahun 2018.
Katanya, kenyataan Armand yang menggelarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘strawberi’ dan ‘koyak’ menimbulkan satu persoalan mudah, apakah sebenarnya hujah politik yang mahu beliau sampaikan?