MELAKA: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sepatutnya meletakkan jawatan lebih awal ketika kerajaan mempertimbangkan untuk memasukkan nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam senarai pengampunan, sekiranya benar-benar berpegang kepada prinsip.
Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli berkata, tindakan Anthony meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sebenarnya sudah terlambat.
Beliau berkata, Anthony bersama pemimpin DAP lain termasuk Hannah Yeoh sepatutnya mengancam untuk menarik sokongan terhadap kerajaan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan langkah itu.






