TAPAH: Seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer (KM) 55 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur pada pukul 1.40 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu dari Temoh menghala ke Tapah melalui Jalan Ipoh – Kuala Lumpur.
“Apabila sampai di KM 55, mangsa disyaki hilang kawalan dan melanggar bahagian tayar penggera utama sebuah lori yang diletakkan di kiri bahu jalan tidak berturap arah Tapah.
“Bagaimanapun, pemandu lori iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun tidak berada di lokasi kejadian kerana kenderaan tersebut diparkir berhampiran tempat kerja,” katanya di sini, hari ini.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fc86da49f15fd9f2b396ac39d91e21aee.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
