KUALA LUMPUR: Tiada sebarang petunjuk bahawa cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi yang dihasilkan di Malaysia dieksport ke negara lain, setakat ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri memaklumkan bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sudah memberi laporan mengenai isu itu kepada Jemaah Menteri, pagi tadi, dan Malaysia akan bekerjasama dengan semua agensi terbabit.

"Kita akan bekerjasama dengan semua agensi yang terbabit. Setakat ini, belum ada sebarang petunjuk perkara sedemikian berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields, di sini, hari ini.