KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan warga Singapura didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitkan 500,000 unit saham milik sebuah syarikat, empat tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Poh Po Lian, 68, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Mengikut pertuduhan, Poh bersama-sama dengan seorang lagi individu yang masih bebas, didakwa melakukan pecah amanah jenayah membabitkan 500,000 unit saham dalam 'Victoria Island Club Berhad' diamanahkan kepada mereka oleh Tan Sri Ta Kin Yan, iaitu dengan memindahkan saham itu kepada Jennifer Kok Sau Keng tanpa persetujuan enam individu yang sepatutnya menerima sebahagian daripada saham itu.









