Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan warga Singapura didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitkan 500,000 unit saham milik sebuah syarikat, empat tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Poh Po Lian, 68, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Poh bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa melakukan pecah amanah jenayah membabitkan 500,000 unit saham milik 'Victoria Island Club Berhad' yang diamanahkan kepada mereka oleh Tan Sri Ta Kin Yan.

Mereka didakwa memindahkan saham itu kepada Jennifer Kok Sau Keng tanpa persetujuan enam individu yang sepatutnya menerima sebahagian saham berkenaan.