DUBLIN: Sebahagian besar negara Eropah hanya bersedia mengadakan rundingan dengan Russia mengenai isu keselamatan utama selepas perang di Ukraine berakhir, menurut deklarasi yang ditandatangani 39 negara pada sidang kemuncak Eropah di Dublin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Deklarasi yang diusahakan Perancis itu menyokong rundingan mengenai langkah mengurus dan mengurangkan risiko keselamatan, namun menegaskan bahawa rundingan hanya boleh diadakan selepas syarat yang diperlukan dipenuhi dan keamanan dipulihkan.

Rundingan itu boleh merangkumi risiko ketenteraan dan ancaman hibrid, termasuk kegiatan sabotaj serta kempen penyebaran maklumat palsu.

Russia sebelum ini menggesa supaya sekatan dikenakan terhadap kehadiran Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran sempadannya.