Kuala Lumpur: Persatuan Rakan Grab Malaysia (PRGM) memberi cadangan kepada usaha menambah baik ciri operasi aplikasi, ketelusan pendapatan dan komunikasi dalam sesi pertemuan bersama pihak Grab Malaysia, semalam.
Menerusi sesi libat urus yang mewakili 20,000 ahli di seluruh negara itu, PRGM membangkitkan isu pengurusan ciri dan operasi membabitkan 'Auto Accept', paparan harga 'opt-in' serta penyusunan waktu rehat (break) yang lebih teratur ketika tempoh tugasan berturut-turut.
Turut dicadangkan supaya pihak penyedia platform mengambil kira tempoh berhenti (pause) sebagai waktu rehat rasmi bagi menjaga kebajikan rakan pemandu dan penghantar.
"Dalam sesi berkenaan, PRGM berbesar hati dapat membincangkan aspek penambahbaikan ciri aplikasi, ketelusan pendapatan dan komunikasi.









