Putrajaya: Kerajaan bersetuju mengekalkan syarat minimum kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke program pengajian perubatan di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), seperti syarat sebelum pindaan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Katanya, lepasan UEC yang memenuhi syarat minimum B4 dalam lima mata pelajaran ditetapkan kekal layak memohon kemasukan terus ke program ijazah perubatan di IPTS.
"Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mencapai satu ketetapan iaitu mengekalkan syarat minimum kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu ataupun UEC ke program pengajian perubatan sepertimana syarat sebelum pindaan.









