Fahmi Fadzil berkata, KKM dan Majlis Perubatan Malaysia akan selaras tindakan susulan bersama KPT untuk pastikan kelancaran proses kemasukan lepasan UEC dalam program ijazah perubatan di IPTS. (Gambar fail)PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengekalkan syarat minimum kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke program pengajian perubatan di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

"Oleh itu, lepasan UEC yang memenuhi syarat minimum B4 dalam lima mata pelajaran yang telah ditetapkan, kekal layak memohon kemasukan terus ke program ijazah perubatan di IPTS," katanya pada sidang media mingguan.