Model Belanda, Ivana Smit, 18, ditemukan maut di balkoni tingkat enam sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 7 Dis 2017. (Gambar Instagram)PETALING JAYA: Keluarga Ivana Smit memutuskan untuk tidak mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan ketetapan Mahkamah Tinggi berhubung pemberian ganti rugi RM1.1 juta atas kegagalan didakwa berlaku dalam siasatan kematian model Belanda itu.

Peguam SN Nair yang mewakili ibu Smit, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen, berkata keputusan tersebut menandakan prosiding sivil pihak keluarga kini berakhir.

“Keputusan keluarga (Smit) wajar dihormati dan tidak harus ditafsirkan sebagai rasa puas hati terhadap siasatan yang dijalankan, mahupun tanda bahawa segala persoalan mereka telah terjawab,” katanya dalam kenyataan.