Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mempunyai perjanjian untuk tidak bertembung pada PRN Melaka.PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Ong Kian Ming, yang meramalkan dengan tepat keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan, menjangkakan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional akan memenangi lebih 20 kerusi di DUN Melaka esok.

BN-PN boleh meraih antara 24 atau 25 daripada 28 kerusi, manakala "Pakatan Harapan kekal tiga sampai empat kerusi," kata Ong dalam audio siar Keluar Sekejap.

Bekas ahli jawatankuasa tertinggi pusat DAP itu turut meramalkan Bersatu akan tewas di dua kerusi.

Petang tadi, badan pemikir Ilham Centre memaklumkan bahawa BN dan PN mendahului pihak lawan di 24 kerusi.