Timbalan Ketua Umno Melaka Rais Yasin berkata, keputusan sebenar tetap terletak di tangan rakyat menerusi undi mereka pada PRN Melaka esok.PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak harus terlalu selesa dengan unjuran kajian yang meletakkan gabungan itu bersama Perikatan Nasional (PN) mendahului persaingan di 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka menjelang PRN esok, kata Timbalan Ketua Umno Melaka Rais Yasin.

Beliau berkata, dapatan kajian Ilham Centre perlu dilihat sebagai maklum balas penting terhadap landskap politik semasa, namun ia hanya menggambarkan kecenderungan pengundi pada tempoh kajian dijalankan.

Katanya, keputusan sebenar tetap terletak di tangan rakyat menerusi undi mereka pada hari pengundian esok.