Premier Sarawak Abang Johari Openg memegang memento menandakan penerbangan sulung AirBorneo bagi laluan Kuching-Jakarta. (Gambar Ukas)PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak tidak akan meminta syarikat penerbangan milik negeri, AirBorneo, untuk menawarkan tambang khas kepada pengundi yang pulang mengundi, kerana langkah sedemikian boleh ditafsirkan sebagai rasuah pilihan raya, kata Premier Abang Johari Openg.
Beliau berkata kerajaan negeri perlu berhati-hati tentang bagaimana perkara itu boleh digambarkan, menurut laporan The Borneo Post yang memetik kenyataannya. "Jika anda memberi mereka diskaun khas, orang ramai boleh mentafsirkannya sebagai satu bentuk insentif. Kita perlu lihat takrif undang-undang," katanya selepas menyempurnakan pelepasan penerbangan sulung AirBorneo bagi laluan Kuching-Jakarta.






