Pada 10 Nov, bekas PM Najib Razak dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur, untuk mula jalani tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028.PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming mempersoalkan apa sebenarnya yang dipertikaikan kepimpinan bekas partinya itu berhubung isu tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak.
Ong berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan, beliau sendiri yang membawa kes Najib kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, namun pada masa sama menegaskan keputusan pengampunan itu merupakan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong.
"Sampai hari ini, saya ada sedikit keliruan di mana saya tak begitu pasti apakah DAP yang tidak setuju," kata Ong dalam episod audio siar Keluar Sekejap.






