JASIN: Menteri dan timbalan menteri daripada DAP wajar mengikut jejak langkah Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, meletakkan jawatan dalam kerajaan jika benar mahu membuktikan parti itu berpegang teguh kepada prinsip.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan Loke meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak sememangnya pendirian berprinsip.

Namun, pada masa sama ia seolah-olah mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau turut mempersoalkan tindakan DAP membangkitkan isu tahanan rumah Najib dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sedangkan keputusan berkaitan pengampunan bekas Perdana Menteri itu sudah dibuat menerusi proses diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.