MELAKA: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua kaum di Melaka bersatu padu dan memberikan sokongan kepada 24 calon Pakatan Harapan (PH) menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, Sabtu ini.

Perdana Menteri berkata, sokongan semua kaum itu diperlukan bagi membawa perubahan di Melaka dengan memberikan tanggungjawab pentadbiran kepada PH.

"Saya datang ini untuk beri sokongan kepada Datuk Ginie Lim Siew Lin (calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya).

"Kita mahu bawa perubahan dan saya minta semua Cina, India, Melayu, Orang Asli dan semua kita bersatu bawa sokongan kepada PH," katanya ketika berucap di sini hari ini.