Kuala Lumpur: Lelaki warga asing yang maut ditembak selepas menetak tangan anggota polis hingga putus di Kepong, semalam, didapati memiliki pasport yang tamat tempoh sejak 2020.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata semakan mendapati lelaki berusia 32 tahun itu pernah memegang pas pelajar dari 2015 hingga 2018.

"Pasport lelaki itu tamat tempoh sejak 2020 dan dia berada di negara ini secara tidak sah.

"Sebelum itu, suspek pernah memegang pas pelajar dari 2015 hingga 2018," katanya ketika dihubungi hari ini.