GOMBAK: Lelaki warga asing yang menetak pergelangan tangan kanan anggota polis di Desa Aman Puri, Kepong, di sini, petang semalam dipercayai mengalami tekanan jiwa.

Suspek yang mendiami Pangsapuri Aman Dua sejak lebih setahun lalu, dilapor sering membuat bising dan menjerit-jerit di kediamannya di tingkat dua Blok B, pangsapuri berkenaan.

Seorang penghuni, Mohd Aidil Roslan, berkata suspek tinggal setingkat di bawah unit kediamannya sering menjerit-jerit, selain kerap bertengkar dengan teman serumah.

"Dalam tempoh dua minggu ni kami (penduduk) sering dengar dia bergaduh dengan rakan serumah.