BANGI: Pelaksanaan kesemua pindaan Akta Bantuan Guaman yang sudah diluluskan di Parlimen dijangka bermula pada suku pertama tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata langkah itu seiring dengan penubuhan Pejabat Pembelaan Awam di bawah Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang menerima waran perjawatan daripada Kementerian Kewangan membabitkan 143 kakitangan.
Katanya, pejabat itu akan diterajui seorang pegawai Jawatan Utama Sektor Awam Gred C (JUSA C) dan akan bergerak seiring dengan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagi membentuk landskap baharu perkhidmatan bantuan guaman negara.
"Ini adalah satu landskap baharu bagi JBG kerana ketika perbahasan pindaan akta itu kita melihat peranan yang perlu dimainkan kerajaan bersama YBGK memandangkan banyak peruntukan kewangan kerajaan disalurkan terus kepada yayasan berkenaan.









