London: Saingan perlumbaan kereta elektrik Formula E mengubah jadual perlumbaan pembuka tirai musim 2026/27 di Arab Saudi susulan konflik yang berlaku di rantau berkenaan.

Formula E mengumumkan pada Khamis bahawa perlumbaan dua pusingan di Jeddah yang pada asalnya dijadual berlangsung pada 18 dan 19 Disember ini, ditunda ke 16 dan 17 April tahun depan.

Kedua-dua perlumbaan itu kini dijadualkan menjadi pusingan keenam dan ketujuh dalam kalendar kejuaraan berkenaan.

Perubahan itu menyaksikan Mexico City dipilih sebagai lokasi pembuka tirai musim baharu pada 16 Januari depan.